THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.



Thursday, April 24, 2014

Misteri Ketukkan itu


24-04-2014, 4.55 p.m.

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia to all bloggers & readers

Hari ini punya ENTRY nak bercerita dengan korang satu kisah misteri yang mengganggu sy & hubby dua tiga hari kebelakangan ni.

Kisah bermula di rumah mertua sy. OK macam ni. After kawen, officially sy menetap di rumah suami bersama-sama dgn familinya. Belum ada rezeki untuk berpindah nak menetap berdikari lagi. InsyaAllah berharap agar doa kami diperkenankan olehNYA. Amin !

Alkisah misterinya bermula di sini. Sy tak tau nak cakap mcm mana. Mungkin perasaan sy jer. Tapi kalau nak diikutkan dah berkali-kali sy alami situasi ni berulang kali.

Setiap kali sy mandi (bilik air dlm bilik) sy akan dengar ketukkan yang kuat sangat pada pintu bilik kami. So sy pun keluar dari bilik air, and bergegas ke pintu bilik untuk buka kalau2 ada orang yg ketuk. And ternyata memang xda orang. Mula2 sy cuba sedapkan hati cakap mungkin ada org ketuk atau perasaan sy jer. Tapi situasi ni berlaku setiap hari. Kebetulankah??? atau Perasaan sy kah???

Kadang2 naik giler memikirkan apa yg jadi sebenarnya.
Bila sy usulkan cerita ni pada suami, dia akan advice untuk lupakan je, sy ni fikir banyak sangat. Sy sedar dia xnak sy fikir yg bukan2 disebabkan sy ni lemah orangnya. Byk kali histeria, and macam2 lagi la...So sy follow je la..

Tapi kebelakangan ni jugak, hubby asyik merungut, dia cakap bila masuk bilik, terasa macam sy memanggil nama dia, dia toleh memang xda sapa-sapa, and pada masa yg sepatutnya sy memang xda kat rumah (pergi keja).

Misteri sangat kejadian2 macam ni.
Apa yang sy tau, berdasarkan pengalaman2 sebelum ni memang sy tahu kewujudan makhluk2 lain disekeliling kita, tapi sy berharap sangat tiada sebarang gangguan terhadap kami yang boleh memudaratkan hubungan kami.

Mohon ALLAH swt jauhkan segala musibah berkenaan.
AMIN.



p/s : rasa tenang hati dapat luah cerita apa yg sy rasa sbb bila cerita kat hubby dia xnak sy fikir sgt. stress >_<



Dear God, I wish I was HER..


Expression of my HEART.
Please listen carefully....

********


" I wish I was HER "

" I wish I was HER and HER "

" I wish i have what she have "

" I wish that i be like she being "

" I wish i could smile like she smiles "

" I wish i work like she work "

" I wish i can be like HER "


Dear God, please listen to my heart, please listen to my prayer
I am being so bad ~ ~  H O P E L E S S
not because I am not grateful for what I have
but
 just wonder why i cannot being like HER
why i cannot get what she have
wonder why i cant be like her

Dear God, please make me feel comfortable
Please make me feel peace

*
*
*
*

SERABUT with all that things happen.
I need a space.






Wednesday, April 16, 2014

Day 2 : Bertudung Bawal Ala-Ala Fareeda


Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia

Day 2: Still memakai tudung bawal ala-ala Fareeda
Hari ini temanya "pink colour" & brooch nya masih sama

Rentetan dari posting di FB saya semalam, banyak sangat yg PM bertanyakan beli tudung ni kat mana?

So just nak tekankan di sini, tudung ini tidak dibeli di mana2, hanya cara pemakaiannya di create oleh insan yg bernama YunaBella...
(blh klik pada link di atas namanya) 

So, kepada kawan2 yg still confuse, actually ini adalah tudung bawal biasa, sy cuma kenakan pin di bahagian dada untuk kelihatan seperti tudung fareeda.

p/s : kalau nak diikutkan fesyen pakai tudung cmni dah ada sejak zaman mak2 kita rasanya, dulu diaorg just letakkan cincin dan gulung tudung ke dalamnya.
 so sekarang just dimodenkan sedikit untuk nampak lebih menarik.


*
*
*
*
*
Just nak share picture for today




Tuesday, April 15, 2014

My First Tudung Bawal Ala-Ala Tudung Fareeda


Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia to all Bloggers

Today's Entry nak berkongsi pasal fenomena tudung bawal ala-ala fareeda ni
Kian meletop bak pisang goreng panas yg dijual di tepi-tepi jalan
Tudiaa....Boleh bayangkan X??

Macam mana tuh yew.
Actually sy ni bukannya founder pon.
Just copy & paste je, so jgn la SALAH FAHAM pulak.
so fenomena ni di "create" kan oleh bloggers di bawah ni

So, thanxs to her dan disebabkan idea bernas beliau ni sy pon dah terikut2 fesyen tudung beliau ni
Apa yang boleh sy katakan di sini, 
Sy SUKA sangat2 sbb
  • MURAH

  • SIMPLE

  • JIMAT MASA

and paling penting  

  • MENUTUP AURAT (bhgian dada)


so selamat mecuba utk anda2 di luar sana.
SHARING is CARING right??

**Meh nak share picture sikit.


p/s : wearing green today. rasa macam fall in luv with GREEN >_<



Monday, April 14, 2014

Musim Harum Manis Datang Lagi



Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia ....

This entry juga still berkisahkan tentang makanan.
As usual, wany memang xdapat dipisahkan dari makanan, sbb tuh badan wany sangat comel HAHAHA, dapat hubby pon kaki makan, dah memang elok sangat la :)

So, bila menjelang bila April - Mei
Setiap warga Perlis mesti dah tau kenapa
Time ni la musim nak menikmati Mangga/Mempelam Harum Manis
The best things is, mempelam ini hanya terdapat di Perlis OKAY.
Keistimewaan Negeri Kelahiran sy.

Sangat beruntung sbb dekat rumah sendiri memang dah ada pokok harum manis
Hasil tinggalan arwah atok yg tanam pokok keliling rumah
So xda la susah sangat nak merasanya
Kalau x "kopak" juga poket nak membelinya
Dengar cite tahun ni 2014, 1KG =RM22
Bayangkan lah sekilo berapa biji sangat la kan

A L H A M D U L I L L A H
Untuk tahun ni, masih diberi kesempatan untuk merasa kenikmatannya
Lepas kempunan mengidam.
:)
 
Enjoy eating with pulut (perghhh terliur)

P/S : Kpd sesiapa yg nak mencuba boleh datang berkunjung ke Negeri Perlis.



The Best of "Sup Gear Box" ever in Perlis


Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia all bloggers
 14-04-2014, 3.00PM

Today's entry nak story kisah last weekend
Tiada yg menarik , cuma nak share dgn korang satu gerai yg sangat sedap untuk menikmati sup gear box di sekitar negeri kelahiran sy Negeri Perlis.

Memandangkan sekarang sangatlah susah nak cari " sup gear box " ni.
Mungkin disebabkan harga kaki lembu tuh sangatlah mahal
So, banyak kedai2 sebelum ini yg menyajikan sup berkenaan dah tutup, atau boleh dikatakan diaorang dah tukar menu la.

Cari punya cari ~ FINALLY we all jumpa juga gerai ni
Baru buka since this year rasanya.
Sebelum ni rasanya kedai ni hanya jual makanan berasaskan sup 
such as bihun, koteaw, mee sup
At last lalu baru2 ni tetiba tengok dah ada "sign board" pelbagai jenis sup
sup perut, sup tulang rusuk, sup gear box and etc...

So, we all tidak melepaskan peluang untuk cuba.
Memandangkan hubby sangat2 suka makan sup gear box & both of us ni boleh dikatakan as afood hunter jugak.

Nama kedai : "Sup Meletop"
Lokasi : Depan Nat Balai Baru (Pasar Pagi/Malam)
Harga : Depends on the size of the bone :) 
yang we all mkn malam tuh harganya RM22
***bagi sy mmg OK la memandangkan kaki lembu kan mahal skrg

so, meh nak tunjuk gambar sikit..


~ S E L A M A T  M E N C U B A ~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...