THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.



Monday, August 25, 2014

My 1st Time Baking : Kek Lapis Keju Coklat


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

First of all, sy nak ucapkan H A P P Y  B I R T H D A Y
untuk hubby terchenta yg ke 29.
Diharapkan semoga hubby sihat2 hendaknya. 
H A  P P Y. B A H A G I A. bersama sy.

So, untuk birthday tahun ni, terus decide nak buat kek sendiri untuk hubby, memandangkan ilmu membuat kek ni dah tersemat di dada (cewahhh..padahal baru ja belajaq) HAHAHAHA actually menjimatkan kos, xpayah nak tempah2 kek.

so, nak share dgn uollss guys. resepi yg sgt simple.

KEK LAPIS KEJU COKLAT

BAHAN A: KEK KEJU

1 cawan cream cheese
1/4 cawan gula halus/kastor
1 biji telur
1sb fresh milk
1sd tepung gandum


BAHAN B: KEK COLAT

2 biji telur
1 cawan gula halus/kastor
secubit garam
1 st esen vanilla
1/2 cawan air panas
1/2 cawan fresh milk
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung jagung
2 sb serbuk koko
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder

CARA -CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan kukusan.
2. Untuk Kek Coklat (BAHAN B), putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla, garam. Putar hingga sebati.
3. Masukkan susu cair, minyak jagung dain air panas, putar sebati.
4. Masukkan bahan yg telah diayak (tepung gandum, serbo koko, soda bikarbonat, baking powder) sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

6. Untuk membuat kek keju (BAHAN A), putar krim cheese dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan fresh milk berselang seli. Putar hingga adunan  sebati.
7. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu ke dalam loyang. Ratakan dan kukus selama 15 minit. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kemudian tuangkan adunan cheese, ratakan dan kukus selama 15minit. Akhir sekali, tuang baki adunan coklat dan sambung kukusan selama 1jam atau hingga masak.

UNTUK TOPPING:
sy just gunakan cooking choc, whipping cream, sedikit butter
(gunakan kaedah double boiler)


SEDIKIT INFO :
***bila anda cucuk ke dalam kek dgn menggunakan lidi, bila lidi diangkat, lidi bersih maksudnya kek dah masak.
***ada info mengatakan lagi lama anda kukus kek, lagi lama kek anda tahan.


*********










S E L A M A T  M E N C U B A



sekian



Thursday, August 14, 2014

Berita Gembira


Assalamualaikum wbt & Selamat Petang



Sebenarnya dah beberapa hari sy mendapat perkhabaran ini
Baru hari ni sempat untuk berkongsi di catatan harian sy ni.
A L H A M D U L I L L A H
Setelah hampir 4 tahun menunggu, akhirnya , Allah SWT makbulkan doa mereka. Sangat teruja dan gembira sangat bagi pihak mereka. Tahniah untuk sahabatku Mcda (nama panggilan) & Mamak.
Finally beliau disahkan 'preggy' 2 month
A L H A M D U L I L L AH rezeki dari Allah SWT
tak siapa yang tahu bila dan dimana
semuanya sudah tertulis
kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa dan berdoa, insyaALLAH ada jalannya
Usaha, Ikhtiar dan tawakkal
dan sy sentiasa berpegang dengan kata-kata ini.

JODOH, AJAL, MAUT, REZEKI semuanya di tangan ALLAH SWT
Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan
Allah menguji hambanya itu setakat yg mampu.


INSYAALLAH ADA JALANNYA.


*****Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan kan.!!!!


P/S To Mcda : Happy sangat2 untuk hg weiii..Please take care of your baby. Doakan untuk aku sama weiii, Excited sangat2, group kita tinggal aku sorang je lagi. Bersabarlah wahai hati.....:( :( :(






My 1st Time Baking : Biskut Kristal & Biskut Mazola


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pagi ni agak lapang, tak banyak kerja yang nak disiapkan. So, saya tersangatlah rajin untuk bercerita di sini. Untuk entry kali ni nak share dengan korang experience buat biskut raya pulak. Al maklum la agak excited sedikit sebab saya ni jarang masuk dapur (bukak pekung sendiri ) huhu. So, bila dah bertukar status ni sedar2 diri lah ye, rajin2 kan la diri masuk dapur dan mengenali periuk, kuali. HAHAHA.

Untuk Raya tahun ni saya sempat buat 2 jenis kuih raya yg paling simple & cepat la.
So disini nak share dgn korang la betapa senangnya buat biskut ni. Org yg tak pandai masak macam saya ni pon boleh buat (ayat mesti power)*****


BISKUT BEBOLA KRISTAL (katanya......)

Bahan-Bahan: 

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
Pewarna Pilihan (merah, kuning, hijau)
Minyak Sapi
Gula Icing (Hiasan)


Cara-Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula kastor ke dalam bekas. Gaulkan bersama.
2. Panaskan minyak sapi.
3. Tuangkan ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
4. Bahagikan doh kepada 3 bekas. Letakkan pewarna pilihan.
5. Bentukkan adunan menjadi bulat2 dengan mencampurkan ketiga2 warna.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 10 - 15 minit.
6. Setelah masak. Biarkan sedikit sejuk dan taburkan dgn gula icing.



Next biscuits :


BISKUT MAZOLA 

Bahan-Bahannya :

4 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan gula halus (kastor)
minyak mazola/minyak jagung (secukupnya untuk menguli)
Sedikit essen vanila.

HIASAN:

Kacang tanah
Kuning telur (disapu pada biskut sebelum dibakar)


CARA-CARA MEMBUATNYA.

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali minyak.
2. Gaul hingga rata.
3. Tuangkan minyak perlahan-lahan ke dalam adunan sambil menguli dan bolehlah dibentuk bulat-bulat.
3. Sapu kuning telur di atas biskut dan letakkan kacang tanah sebagai hiasan.
4. Bakar pada suhu 180'c selama 10-15minit.(mengikut oven masing-masing)




OK. sekian perkongsian kita untuk hari ni. 
S E N A N G & M U D A H 


sekian.




Wednesday, August 13, 2014

My 1st Time Baking : Kek Laskar Pelangi


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Hai bloggers and readers.

Memandangkan sekarang saya dah stay sendiri dengan hubby. So boleh dikatakan makin rajin la nak masak, buat kuih untuk hubby. Sebelum ni stay with parents in law, macam agak tersekat la aktiviti memasak, yela semua mak mertua dah siapkan, balik rumah makan jew. OMG. skang padan muka haha.

So, hari ni nak share dgn korang experience baking my 1st cake untuk raya tempoh hari.

My first time baking cake.
So, sy namakan kek ini

'Kek Laskar Pelangi'


Bahan2:

3 cawan Tepung Kek (Blue Key)
1 cawan Marjerin Planta
1 cawan Gula kastor ( tapi sy guna gula biasa & kisarkan)
5 biji telur
2 sudu esen vanilla
Sedikit susu cair (untuk menampakkan kek sedikit moist/lembap)
secubit garam halus
Pewarna pilihan (merah, koko, kuning, hijau)


Cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 170'c
2. Ayakkan tepung bersama garam. Ketepikan.
3. Pukul marjerin dan gula sampai kembang. 
4. Masukkan telur. Pukul lagi.
5. Kemudian masukkan esen vanila.
6. Masukkan bahan yang diayak sikit2 bersama-sama susu cair. Pukul adunan (anggaran 10-15minit)
7. Asingkan adunan dan masukkan pewarna mengikut warna pilihan.
8. Tuangkan ke dalam loyang (cara melapis adunan boleh lihat di sini : KLIK DI SINI )
9. Bakar pada suhu 170'c selama 60 minit (bergantung kepada oven masing-masing)


***inilah hasilnya..









S E L A M A T  M E N C U B A

sekian





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...