THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.



Wednesday, September 17, 2014

Oh MY CheeseKut


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni nak STORY cerita semalam.
Sempena Cuti Hari Malaysia. Xda buat apa-apa. Makan, Tidur je.
So merajinkan diri buat CheeseKut.
Resepi yang simple. Saya amik resepi dari member office.

So nak share dgn uolls guys :-


RESEPI CHEESEKUT

Bahan-bahannya :-

Biskut Hup Seng 
250g Cream Cheese
4 sudu besar fresh milk
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan sukatannya)
Serbuk Milo (Hiasan)


Cara-Cara Membuatnya :-

1. Dalam bekas A, putarkan creamcheese + fresh milk + susu pekat sehingga sebati.
2. Celup biskut ke dalam susu (fresh milk) seketika, jangan terlalu lama, dan kemudian susunkan biskut ke dalam bekas/loyang.
3. Tuangkan adunan yang diputar ke atas susunan biskut.
4. Ulang langkah 2 (susunan biskut) sehingga habis.
5. Taburkan milo mengikut kesesuaian. (saya gunakan choc chip untuk hiasan)
6. Setelah siap, biarkan dalam fridge semalaman.
7. Esok dah boleh makan. SIAP !!


Simple kan ???

Boleh dimakan untuk minum petang dan sebagainya.

so ini rupe CHEESEKUT saya :)





 Selamat M E N C U B A

sekian






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...