THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.



Showing posts with label KeHIDUPanku. Show all posts
Showing posts with label KeHIDUPanku. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Welcome 2015


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Dah lama x menulis di sini.
Last Entry September 2014. OMG dah bersawang blog ni rasanya.
So, dikesempatan yang free2 ni sempat jugak le nak 'touch up' blog ni.

Berdiam diri bukan bermakna x ada
Tapi rasanya berdiam diri lebih bagus
Lebih seronok rasanya MEMERHATI dari DIPERHATIKAN


A L H A M D U L I L L A H 
kehidupan sekarang bertambah baik, sederhana dan sempurna

A L H A M D U L I L L A H 
juga kerna dikurniakan seorang suami merangkap sahabat dunia akhirat
suami yang sentiasa memahami kehendak hati ini
suami yang sentiasa ada dikala susah dan senang
suami yang sgt caring dan sabar dengan karenah isteri yg bertukar2 ni

T E R I M A  K A S I H  S U A M I

Hampir genap 2 tahun perkahwinan kami.
Bagi yang tertanya2 dan selalu menanya, ini jawapannya
Ya, kami belum dikurniakan zuriat.
Insyaallah semuanya rahsia Allah swt. 
Jodoh, Ajal, Rezeki, Maut semuanya di tangan Tuhan
Siapa kita untuk menidakkan kehendak-Nya
Siapa kita untuk menyoal kenapa dan mengapa??

Mengharap dan berharap moga dikurniakan rezeki
Usaha. doa, tawakal 
Walaupon belum dianugerahkan title 'ibu/mama/bonda/mak' 
tetapi hati ini sangat bersyukur kerana Allah meminjamkan seorang suami yang sangat2 baik untuk saya, tidak tergambar kebahagian yang dikecapi buat masa ni dan diharapkan akan kekal selama-lamanya. AMIN.


Diharapkan semoga 2015 memberikan sinar kebahagian buat kami sekeluarga. Insyaallah.








Thursday, August 14, 2014

Berita Gembira


Assalamualaikum wbt & Selamat Petang



Sebenarnya dah beberapa hari sy mendapat perkhabaran ini
Baru hari ni sempat untuk berkongsi di catatan harian sy ni.
A L H A M D U L I L L A H
Setelah hampir 4 tahun menunggu, akhirnya , Allah SWT makbulkan doa mereka. Sangat teruja dan gembira sangat bagi pihak mereka. Tahniah untuk sahabatku Mcda (nama panggilan) & Mamak.
Finally beliau disahkan 'preggy' 2 month
A L H A M D U L I L L AH rezeki dari Allah SWT
tak siapa yang tahu bila dan dimana
semuanya sudah tertulis
kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa dan berdoa, insyaALLAH ada jalannya
Usaha, Ikhtiar dan tawakkal
dan sy sentiasa berpegang dengan kata-kata ini.

JODOH, AJAL, MAUT, REZEKI semuanya di tangan ALLAH SWT
Kita manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan
Allah menguji hambanya itu setakat yg mampu.


INSYAALLAH ADA JALANNYA.


*****Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan kan.!!!!


P/S To Mcda : Happy sangat2 untuk hg weiii..Please take care of your baby. Doakan untuk aku sama weiii, Excited sangat2, group kita tinggal aku sorang je lagi. Bersabarlah wahai hati.....:( :( :(






Thursday, May 15, 2014

Happy 27 Bornday Wanie !!!


Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

Dah bersawang gamaknye blog ni.
Lama sudah tidak menjengah dan mengUpdate ape yg patut..

So, entry kali ni just throwback sambutan ulang tahun yg ke 27 pada 9 Mei yg lepas
Xde la sambutan sangat pon, celebration between wifey & hubby jew
Xsangka hubby saya yg xsweet ni pandai jugak buat suprised.
A roses & birthday cake sudah cukup melengkapka  kegembiraan hati ni
Thanxs Hubby. U are my soul, my heart, U are the best ones i've ever had.

How times flies and i am getting older and older...
CEPATNYA...
Rasa mcm semalam jew baru habis zaman persekolahan.
Tiba2 dah kahwin, Tiba2 dan semua tiba-tiba la..
Dan saya??

Masih terumbang ambing disini.

Anyway A big thanxs  to my hubby sbb dah melengkapkan hidup sy yg kosong ni.

AND last but not least...

H A P P Y B I R T H D A Y W A N I E
May All Ur Wish/Dreams Comes True
Amin.

 
******

The same day on my birthday celebration, hubby requested to eat Laksa.
So my first timer making Laksa.
ALHAMDULILLAH
menjadi. air tangan isteri itu indah bukan.


~sekian~

Thursday, April 24, 2014

Misteri Ketukkan itu


24-04-2014, 4.55 p.m.

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia to all bloggers & readers

Hari ini punya ENTRY nak bercerita dengan korang satu kisah misteri yang mengganggu sy & hubby dua tiga hari kebelakangan ni.

Kisah bermula di rumah mertua sy. OK macam ni. After kawen, officially sy menetap di rumah suami bersama-sama dgn familinya. Belum ada rezeki untuk berpindah nak menetap berdikari lagi. InsyaAllah berharap agar doa kami diperkenankan olehNYA. Amin !

Alkisah misterinya bermula di sini. Sy tak tau nak cakap mcm mana. Mungkin perasaan sy jer. Tapi kalau nak diikutkan dah berkali-kali sy alami situasi ni berulang kali.

Setiap kali sy mandi (bilik air dlm bilik) sy akan dengar ketukkan yang kuat sangat pada pintu bilik kami. So sy pun keluar dari bilik air, and bergegas ke pintu bilik untuk buka kalau2 ada orang yg ketuk. And ternyata memang xda orang. Mula2 sy cuba sedapkan hati cakap mungkin ada org ketuk atau perasaan sy jer. Tapi situasi ni berlaku setiap hari. Kebetulankah??? atau Perasaan sy kah???

Kadang2 naik giler memikirkan apa yg jadi sebenarnya.
Bila sy usulkan cerita ni pada suami, dia akan advice untuk lupakan je, sy ni fikir banyak sangat. Sy sedar dia xnak sy fikir yg bukan2 disebabkan sy ni lemah orangnya. Byk kali histeria, and macam2 lagi la...So sy follow je la..

Tapi kebelakangan ni jugak, hubby asyik merungut, dia cakap bila masuk bilik, terasa macam sy memanggil nama dia, dia toleh memang xda sapa-sapa, and pada masa yg sepatutnya sy memang xda kat rumah (pergi keja).

Misteri sangat kejadian2 macam ni.
Apa yang sy tau, berdasarkan pengalaman2 sebelum ni memang sy tahu kewujudan makhluk2 lain disekeliling kita, tapi sy berharap sangat tiada sebarang gangguan terhadap kami yang boleh memudaratkan hubungan kami.

Mohon ALLAH swt jauhkan segala musibah berkenaan.
AMIN.



p/s : rasa tenang hati dapat luah cerita apa yg sy rasa sbb bila cerita kat hubby dia xnak sy fikir sgt. stress >_<



Dear God, I wish I was HER..


Expression of my HEART.
Please listen carefully....

********


" I wish I was HER "

" I wish I was HER and HER "

" I wish i have what she have "

" I wish that i be like she being "

" I wish i could smile like she smiles "

" I wish i work like she work "

" I wish i can be like HER "


Dear God, please listen to my heart, please listen to my prayer
I am being so bad ~ ~  H O P E L E S S
not because I am not grateful for what I have
but
 just wonder why i cannot being like HER
why i cannot get what she have
wonder why i cant be like her

Dear God, please make me feel comfortable
Please make me feel peace

*
*
*
*

SERABUT with all that things happen.
I need a space.






Wednesday, April 16, 2014

Day 2 : Bertudung Bawal Ala-Ala Fareeda


Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia

Day 2: Still memakai tudung bawal ala-ala Fareeda
Hari ini temanya "pink colour" & brooch nya masih sama

Rentetan dari posting di FB saya semalam, banyak sangat yg PM bertanyakan beli tudung ni kat mana?

So just nak tekankan di sini, tudung ini tidak dibeli di mana2, hanya cara pemakaiannya di create oleh insan yg bernama YunaBella...
(blh klik pada link di atas namanya) 

So, kepada kawan2 yg still confuse, actually ini adalah tudung bawal biasa, sy cuma kenakan pin di bahagian dada untuk kelihatan seperti tudung fareeda.

p/s : kalau nak diikutkan fesyen pakai tudung cmni dah ada sejak zaman mak2 kita rasanya, dulu diaorg just letakkan cincin dan gulung tudung ke dalamnya.
 so sekarang just dimodenkan sedikit untuk nampak lebih menarik.


*
*
*
*
*
Just nak share picture for today




Tuesday, April 15, 2014

My First Tudung Bawal Ala-Ala Tudung Fareeda


Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia to all Bloggers

Today's Entry nak berkongsi pasal fenomena tudung bawal ala-ala fareeda ni
Kian meletop bak pisang goreng panas yg dijual di tepi-tepi jalan
Tudiaa....Boleh bayangkan X??

Macam mana tuh yew.
Actually sy ni bukannya founder pon.
Just copy & paste je, so jgn la SALAH FAHAM pulak.
so fenomena ni di "create" kan oleh bloggers di bawah ni

So, thanxs to her dan disebabkan idea bernas beliau ni sy pon dah terikut2 fesyen tudung beliau ni
Apa yang boleh sy katakan di sini, 
Sy SUKA sangat2 sbb
  • MURAH

  • SIMPLE

  • JIMAT MASA

and paling penting  

  • MENUTUP AURAT (bhgian dada)


so selamat mecuba utk anda2 di luar sana.
SHARING is CARING right??

**Meh nak share picture sikit.


p/s : wearing green today. rasa macam fall in luv with GREEN >_<



Monday, April 14, 2014

Musim Harum Manis Datang Lagi



Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia ....

This entry juga still berkisahkan tentang makanan.
As usual, wany memang xdapat dipisahkan dari makanan, sbb tuh badan wany sangat comel HAHAHA, dapat hubby pon kaki makan, dah memang elok sangat la :)

So, bila menjelang bila April - Mei
Setiap warga Perlis mesti dah tau kenapa
Time ni la musim nak menikmati Mangga/Mempelam Harum Manis
The best things is, mempelam ini hanya terdapat di Perlis OKAY.
Keistimewaan Negeri Kelahiran sy.

Sangat beruntung sbb dekat rumah sendiri memang dah ada pokok harum manis
Hasil tinggalan arwah atok yg tanam pokok keliling rumah
So xda la susah sangat nak merasanya
Kalau x "kopak" juga poket nak membelinya
Dengar cite tahun ni 2014, 1KG =RM22
Bayangkan lah sekilo berapa biji sangat la kan

A L H A M D U L I L L A H
Untuk tahun ni, masih diberi kesempatan untuk merasa kenikmatannya
Lepas kempunan mengidam.
:)
 
Enjoy eating with pulut (perghhh terliur)

P/S : Kpd sesiapa yg nak mencuba boleh datang berkunjung ke Negeri Perlis.



The Best of "Sup Gear Box" ever in Perlis


Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia all bloggers
 14-04-2014, 3.00PM

Today's entry nak story kisah last weekend
Tiada yg menarik , cuma nak share dgn korang satu gerai yg sangat sedap untuk menikmati sup gear box di sekitar negeri kelahiran sy Negeri Perlis.

Memandangkan sekarang sangatlah susah nak cari " sup gear box " ni.
Mungkin disebabkan harga kaki lembu tuh sangatlah mahal
So, banyak kedai2 sebelum ini yg menyajikan sup berkenaan dah tutup, atau boleh dikatakan diaorang dah tukar menu la.

Cari punya cari ~ FINALLY we all jumpa juga gerai ni
Baru buka since this year rasanya.
Sebelum ni rasanya kedai ni hanya jual makanan berasaskan sup 
such as bihun, koteaw, mee sup
At last lalu baru2 ni tetiba tengok dah ada "sign board" pelbagai jenis sup
sup perut, sup tulang rusuk, sup gear box and etc...

So, we all tidak melepaskan peluang untuk cuba.
Memandangkan hubby sangat2 suka makan sup gear box & both of us ni boleh dikatakan as afood hunter jugak.

Nama kedai : "Sup Meletop"
Lokasi : Depan Nat Balai Baru (Pasar Pagi/Malam)
Harga : Depends on the size of the bone :) 
yang we all mkn malam tuh harganya RM22
***bagi sy mmg OK la memandangkan kaki lembu kan mahal skrg

so, meh nak tunjuk gambar sikit..


~ S E L A M A T  M E N C U B A ~




Thursday, March 27, 2014

KunFayaKun


Assalamualaikum wbt
27-03-2014 , 3.50 p.m

Agak panas cuaca hari ini. Sedikit berpeluh2 walaupun dalam air cond.
Hari ni sangat lapang, x banyak kerja, so sempat la nak jadi keyboard warrior, stalk page orang tuh, orang nii hehe...

Then terbaca one's of my friend's status. SEDIH je bunyi nya.
Comment dari teman2 pon xberbalas.
Cuba beranikan diri untuk bertanya.

A L H A M D U L I L L A H 
Pertanyaan berbalas dengan jawapan.
Sedih dan sebak.
Sempat juga berkongsi rasa hati dengan beliau disebabkan aku juga pernah mengalami situasi yg sama hampir 2x.
Apakan daya, Mungkin bukan rezeki kita, walaupun kita sudah berusaha sehabis daya
Hanya pasrah dan redha kepada ALLAH swt.
*
*
*
KunFayaKun
*
*
*
Andainya ia menjadi rezeki kita, insyaallah Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita, Andainya TIDAK, apa yang mampu hanyalah berdoa. Kita jaga sebaik manapun tetap tidak akan menjadi rezeki sekiranya tidak diizinkan olehNYA.

Temanku ini mengalami situasi yang sama.
Keguguran untuk kali ke-2
Dan sekarang di tempatkan di hospital utk rawatan lanjut
Sedih :(

Apapun mampu doakan yang terbaik untuk beliau.

Semoga cepat sembuh sahabat.







Thursday, March 20, 2014

Tonsil Menyerang Lagi. Arghh !!!!


Assalamualaikum w.b.t
20/03/2014 , 10.00 a.m

Akibat daripada kesakitan yang dialami ini 
Membuatkan sy terpanggil untuk menulis dan berkongsi di sini.

Apa itu Tonsil ??

Tonsil terbentuk daripada lymph tissue, iaitu dari sistem pertahanan tubuh kita.Fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan menghasilkan antibodi bila badan diserang jangkitan.


TETAPI...

Tonsil boleh meradang (inflammation) bila terkena jangkitan, samada dari virus, atau bakteria.
Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.



So, apa yang boleh sy katakan di sini, Tonsil ini tidak boleh dipandang remeh.
Baca di sini : Petikan Utusan Online bertarikh 10/01/2013


********

Berbalik kepada cerita sy.
Hari ini hari ke-4 sy sakit tekak, Tonsil pon dah membengkak.
Memang selalu jadi mcm ni. Bila demam je mmg akan sakit.
Cuaca panas skrg pon byk menyumbang kepada kesakitan.


 p/s : pandai bercakap je, bila dah sakit, langsung tak nak jumpa dokter, takut sangat...alahai.

Monday, March 17, 2014

No title


17 March 2014

Jam di dinding menunjukkan tepat 5.00 petang.
Nak balik tapi memandangkan hujan kat luar mencurah2 
So BATALKAN hasrat nak balik.

Sedikit kelapangan untuk menulis di sini.
A L H A M D U L I L L A H
setelah sekian lamanya Perlis tidak dihujani dengan titisan air hujan
Akhirnya, sejak semalam hujan kembali bertamu.

*****

Umumnya, semua sedia maklum dengan krisis yg dihadapi sekarang
Kehilangan MH370, Masalah Jerebu, Kemunculan Bomoh syirik,
dan macam2 lagi tohmahan yang dilemparkan terhadap negara kita MALAYSIA.

Hopefully semuanya akan kembali seperti sediakala

Sebagai rakyat Malaysia & sebagai seorang ISLAM
Sy hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kita semua
Rakyat Malaysia
Umat Islam

BERSATU kita TEGUH
BERCERAI kita ROBOH..

:)





Friday, February 28, 2014

Andai Ku Tahu...

28-02-2014, 9.35 AM

Seminggu berlalu pergi
"Moments" itu masih membenak di hati.
Terngiang2 jauh di lubuk sanubari
Kali kedua aku di uji dgn ujian ini

Alangkah indah sekiranya aku tahu kehadiranmu di sisiku
Andai ku tahu di saat itu dikau berada dekat denganku
Menemaniku ke mana saja aku pergi
Bersama denganku sepanjang hari
Akan ku jagamu dengan sempurna
Akan ku belai dirimu sepenuh hatiku

Namun, aku tidak dapat menyangkal kehendak ilahi
Aku juga tidak mampu mengubah takdir
M A A F K A N daku
Tidak dapat menyelamatkanmu sayang
Kerna aku tidak meyedari kehadiranmu selama ini

*
*
*
*

TAWAKAL * USAHA * DOA
InsyaAllah

(hopefully tidak akan berlaku lagi)

Wednesday, February 19, 2014

ARJUNA BETA

 19-02-2014, 3.02PM
Listen to ARJUNA BETA by Fynn Jamal 

HATI Tersentuh ~ xtau kenapa
JANTUNG berdegup kencang
JIWA rasa meronta-ronta
MATA mula berkaca

Argghh kenapa ni???? 
ada sesuatu yg menarik dgn lagu ni.
LOVE it.

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela


ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

 
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



watch here :


OUR 1st A N N I V E R S A R Y


Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera semua !!
Disebabkan kesibukan yg amat sangat menjalani rutin harian yg semakin mencabar, 
so xdapat le nak meng"UPDATE" BLOG sy yg makin usang di mamah usia ni.
p/s : " ceewahhhh bahasa sastera pulak keluar :) "

Untuk Entry kali ceritanya tentang suka-suki sy.
Sedar x sedar dah cukup setahun sy bergelar isteri kpd Mr Zul.
Macam x percaya je. Pejam Celik Pejam Celik dah setahun.
9 February 2014
So HAPPY ANNIVERSARY for me!

Sempena hari yg istimewa ni, sy sedikit terharu le.
 Mana X nye, hubby sy ni sukar untuk di tafsirkan.
Pendiam orangnye. Sometime dia lebih suka mendiamkan diri.
Macam le ade ketul emas kat dalam mulut 2, susah benor beliau nak bercakap.
Sy selalu cakap beliau x romantik, x sweet macam hubby orang lain.
Kekadang rase bersalah jugak.
Macam x mensyukuri ape yg sy dapat.

ALHAMDULILLAH
Walaupun beliau begitu.
TAPI sy sgt bahagia mendapat beliau sbg suami.
Beliau sgt penyayang, sabar dgn kerenah sy yg kuat berangin ni.
Xkan pernah ada lelaki lain yg boleh sabar dgn sy.
Bersyukur sangat2.
So, nak dijadikan cerita, pagi 9 Februari, buat macam biasa
Seperti xda apa2 yg berlaku.
Bangun pagi, tengok ada bunga atas meja
TERHARU - SPEECHLESS - MENITIS AIR MATA

Xsangka hubby sy dah berubah.
Jadi romantik sangat.
I LOVE U B
Hopefully our marriage remains to heaven
Thanxs for accepting me as who i am
I LOVE U until jannah.

 p/s : tanya hubby kenapa sekuntum je, hubby cakap 1 kuntum utk 1 tahun.

 p/s : hubby cakap tulisan dia buruk. Buruk pon sy tetap syg hubby

p/s : choc moist cake. sangat sedap. thanxs to kak uja :)
 ~ the end ~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...