Assalamualaikum wbt...
Tak tahu nak mulakan di mana dan nak diceritakan bagaimana..
Kejadian pada 10 Julai bersamaan hari pertama RAMADHAN 2013
yg sangat2 mengejutkan ku..
Seperti biasa, aku kejutkan suamiku jam 7pagi, bersiap2, dan sepatutnya 7.30 pagi hubby akan keluar, tetapi pada hari berkenaan 7.45 pagi baru hubby bergerak, mungkin disebabkan hujan yg lebat.
*********
15minit pemergian hubby....
Kedengaran ketukan pintu yg sangat kuat.
Ku jengahkan muka ke luar, ibu mertuaku bersuara :
" awa.....Zul accident !!!!!!! "
terngiang2 lagi kata2 tersebut di telingaku..
hampir kaku dan kepala berpusing2..ku gagahkan jua, tanpa mandi, bingkas bangun pakai tudung, start kereta, pergi ke tempat kejadian bersama ibu mertuaku..
Tiba di sana, orang dah ramai, pihak JPAM sudah angkat hubby ku ke atas stretcher utk di bawa ke hospital. Aku lihat beliau lemah , kaku, tidak bergerak...
Dalam hatiku hanya Tuhan sahaja yg tahu...
Tetapi ku gagahkan jua tidak mahu setitik pon air mataku jatuh ke bumi...
Ku iringi ambulans ke hospital, di sana hubby di tempatkan di bhgian REDZONE ( Zon kritikal ) . Kami tidak dibenarkan utk masuk, hanya menunggu di luar tanpa arah dan tujuan. Sesekali aku jengukkan muka di bahagian pintu berkaca, namun belum mendapat sebarang jawapan.
Tepat jam 2.00 petang, baru aku dibenarkan masuk selepas pihak hospital memanggil waris kpd Ahmad Zulkefly sila ke bilik 3....Aku bergerak dgn langkah yg laju menuju ke bilik berkenaan.
Dokter memaklumkan hubby patah tangan kanan, kaki kiri juga problem disamping soft tissue injured, dan bahagian leher/tengkuk berkemungkinan mengalami kecederaan, harus menunggu keputusan city scan.
Ku tarik nafas dalam2...smbil bersyukur ke hadrat ilahi, alhamdullillah
Aku masih diberi kesempatan untuk bersama hubby yg sangat2 aku cintai..
Terima kasih Ya Allah, kerana kau masih memberikan kesempatan untukku menjaga suamiku.
Hubby dimasukkan ke ward ortopedik, Hospital Tuanku Fauziah.
Aku sangat2 bersyukur, walaupon di takdirkan hubby begini, tetapi aku masih boleh bersamanya
Terima Kasih Ya ALLAH..
Ku bersyukur & bersujud padaMU !
2 comments:
Ya Allah..ros, kesiannya dekat hang. bertimpa-timpa ujian datang. semoga kuat semangat. Aku doakan husband hang cepat sembuh. sabar banyak2..
thanxs imah
alhamdulillah semua makin OK
sgt berat dugaan untuk aku tahun 2013 ni...
hopefully aku sntiasa kuat...
Post a Comment