Assalamualaikum wbt
Entry kali ni , just nak SHARE satu artikel , yg mana saya sgt tertarik dgn kandungannya.
Actually perlu utk setiap manusia mempercayai adanya xtvt seperti ini dijalankan, dan sesungguhnya perkara SIHIR, SANTAU, BOMOH sangat berleluasa dan berlaku dlm masyarakat kita hari ini.
Dimana letakkan AKAL & IMAN yg dikurniakan kpd setiap manusia
hanya kerana perasaan marah, dendam, cemburu, hasad dengki, manusia sanggup berkelakuan seperti ini.
So, bacalah sbg panduan dan peringatan.
p/s : bercakap berdasarkan pengalaman !
**********
Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:
1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak
melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang
nikmatnya.2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
Ikhtiar
Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk
menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun
pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat. Selain
itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi
lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makhluk bernyawa yang
dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan
patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang
dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para
malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
3. Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
4. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
5. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.
6. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya. Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan. Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.
7. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.
Doa Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri)
Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan
suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah
lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD)
kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.
Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai
doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali
berpisah kerana kematian.
Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)
Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon
padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.
DOA 1 :
DOA 2 :
DOA 3 :
Sekian.
0 comments:
Post a Comment