THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.



Friday, May 24, 2013

Post Wedding Picture

Next entry ???

Nak share picture post wedding pulak rasanya
Dah lama xpost kan, so giler post le pulakkk !!! ahakzz

Location : Hutan Getah Bukit Tar & Kampung Gial , Jejawi Perlis
Photographer : Kak shud D'Renjis Photography 

Thanxs alot for the best picture
L.O.V.E it damn much...









sayang kamoo ketat2 yuyunk 
Thanxs for being apart of me
Thanxs for being a sweet husband ever
L.O.V.E U soooooo  much


**the end**








My Wedding Day

Assalamualaikum wbt

Just wanna share with u'olls guys with special moments 
on my wedding day

SAVE the DATE : 9 February 2013


AKAD NIKAH time 









********************

KENDURI time : 10 February 2013
Majlis pihak perempuan

Location : Lorong Bongkok 8, Kangar Perlis









********************

KENDURI time : 16 February 2013
Majlis bertandang 

Location : Lorong Bongkok 7, Kangar Perlis














****the end****

New Year yg sangat MENCABAR

Assalamualaikum wbt

Dah lama tidak menulis di sini..sangat rindu rasanya
Banyak perkara berlaku dalam hidup sepanjang tahun 2013..
suka dan duka ditempuh bersama keluarga
Kuatkan hati kami sekeluarga YA ALLAH !!

ALHAMDULILLAH
tanggal 9 Februari 2013
aku selamat mejadi isteri kpd suami terchenta Ahmad Zulkefly Bin Abdullah
Terima kasih ya allah kerana mengurniakan seorang suami yg sgt penyayang dan memahami

dalam menikmati keindahan dan kebahagian sbg suami isteri
aku di UJI semula.....

Tanggal 9 April 2013
Kembalinya kekanda tersayang menemui yg maha pencipta
Allahyarhamah Roslizawati Bt Ahmad, kekanda tersayang selamat disemadikan
semoga roh nya dicucuri rahmat hendakNYA ....amin !

Dalama menempuhi liku2 hidup bersama keluarga
Ujian kedua diberikan kepada keluarga kami dimana abg kesayangan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan keadaan abg semakin stabil.

dugaan apakah ini...
YA ALLAH sesungguhnya aku percaya bahawa ALLAH SWT memberikan ujian dan dugaan kpd hamba yang kuat dan mampu menerimanya...

##semoga hatiku sentiasa tabah dan kuat !!! 





Saturday, September 22, 2012

STOP smoking !!!

Assalamualaikum 
Salam sejahtera

Dah lama rasanya tidak menulis di sini
Now im back..

Dah lain rasanya bila bergelar tunangan orang
Laptop malas nak bukak, malas nak beronline, malas nak ber chatting hehe
Haishhh ape nak jadi neh, bytheway pape pon hati senantiasa teringat kat blog neh

So, topic for this entry..HOW TO STOP SOMEBODY FROM SMOKING
specially for heavy smokers....


my situation :
sangatttttttt stresssss
dgn tunang sy, yg sgt2 kuat merokok
bytheway sy takde la kongkong die supaya tak merokok,
sy tak nak la die anggap sy queen control..TAPI for health semua org tahu merokok membahayakan kesihatan..OMG dah tak tahu nak ceramah ape dekat beliau

Pagi petang siang malam...mesti merokok..
Actually sy memang tidak suka kpd perokok ( before this)
at LAST..my future husband seorang perokok tegar 
HAHAHAHA padan muka AKU !!!!!

Pernah sy sembunyikan rokok beliau..
Then die beli baru
OMG ~ SGT tak tahu nak buat ape

PLEASE somebody give me some tips ??????

 NEED some advices......



Saturday, September 1, 2012

My E Day

Assalamualaikum wbt..
Dah lama xon lappy, baru skrg dapat ber"ONLINE"
So rasanya tidak terlambat utk sy post di sini
Majlis pertunangan sy yg berlangsung pada hari raya kedua

ALHAMDULILLAH
semuanya berjalan dgn lancar dgn izin dariNYA
Hopefully hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin
dan juga kekal hingga ke akhir hayat hendakNYA
Amin.....

p/s : btw THANXS alots utk mereka2 yg memeriahkan majlis
kwn2 yg sudi dtg
sedara mara yg sudi memeriahkan suasana
special photographer merangkap my cousin abg man
make up dan pelamin from Noura Boutique

THANXS alots.....guys













*******

Hopefully semua yg di rancang berjalan dgn lancarnya
dan juga dgn izin dariNYA
Amin (^_^)




THE END



Wednesday, August 22, 2012

Kalau Dah JODOH ( Part 2)

Assalamualaikum..wbt

Rentetan dari ceritera kisah KALAU DAH JODOH..so sy nak sambung episode seterusnya

ALHAMDULILLAH..
berkat doa dan kesabaran
akhirnya si gadis dan si jejaka di satukan
selesai sudah step pertama
semoga ianya diberkati oleh ALLAH SWT
dan ikatan yg terbina ini akan kekal hingga ke akhir hayat...

Tarikhnya belum di tentukan lagi..
tetapi insyaalah
semoga semuanya berjalan dgn lancar..

KU bersyukur PADANYA...






Wednesday, August 1, 2012

Kalau Dah JODOH ( Part 1)

Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku nak bercerita kisah cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Kisah neh bermula bertahun lamanya yg mana masing2 memang saling mengenali, cuma tidak pernah bertegur sapa..Gadis berkenaan memang dah lama meminati si jejaka , cuma malu nak bagitau. Apa la sangat yg boleh diberitahu, sekadar perasaan suka dan sayang, mungkin juga sekadar CINTA MONYET...

Dalam masa yg sama, si jejaka juga menyukai si gadis, cuma perasaan tersebut sukar di luahkan disebabkan si jejaka adalah pemalu orangnya..masing2 hanya mampu mendiamkan diri, diam seribu bahasa, bak kata orang " berdiam diri adalah jalan terbaik utk semua masalah "... betul ke????

Hari berganti hari,masa berganti masa, masing dah membawa haluan masing2, banyak benda yg membezakan si jejaka dan si gadis , si gadis dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, manakala si jejaka juga menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran. Sebelum ini boleh dikatakan setiap hari si gadis  dan si jejaka terserempak, disebabkan untuk ke sekolah si gadis akan memalui jalan di hadapan rumah di jejaka, (bukan sengaja) sbb hanya itu sahaja jalan utama...disebabkan itu juga timbul bibit2 perasaan suka agaknya...

Setelah hampir 7 tahun berlalu dan tidak bersua, si gadis kembali semula ke kampung selepas menamatkan pengajian..dan sekali lagi mereka di pertemukan di rumah si gadis itu sendiri..
Tergamam dan terkelu si gadis bila mendapat tahu rupa-rupanya jejaka yg sangat diminatinya sejak zaman bangku sekolah itu adalah teman baik abang sendiri.
Bila di fikir balik, memang hancur luluh lah semua harapan sbb si gadis tahu abangnya seorang yg sangat tegas, dan si abang memang tidak suka adiknya itu rapat dgn kenalannya.
Bila ada saja kenalannya yg datang ke rumah, dgn cepat si abang akan menyuruh adiknya masuk ke dalam, entah kenapa dan dimana silapnya, mungkin tidak mahu si gadis ikut campur perbualan mereka 
(think positive)

Alhamdulillah, sebulan selepas itu si gadis mendapat kerja part time di sebuah kedai cermin mata di pekan, bermulalah era baru hidup si gadis , selepas kerja di sana selama beberapa bulan, si gadis di tawarkan pula bekerja di sebuah syarikat construction, selama setahun mencari pengalaman akhirnya sekali lagi si gadis mendapat tawaran pekerjaan yg lebih baik, yg mana si gadis terpaksa meninggalkan negeri kelahiranya dan berhijrah kesana untuk mencari sesuap nasi. Dengan berat hati melangkah meninggalkan keluarga, si gadis gagahkan jua niat hati yg murni.

Selepas pemergian si gadis, si jejaka sudah jarang datang ke rumah si gadis, entah kenapa ? mungkin rasa kosong di hati..( perasan plak ).. Baru 3 bulan pemergian si gadis, kemudian si gadis kembali ke kampung membawa seorang jejaka yg tidak dikenali, namun kehadiran jejaka tersebut telah di anggap sebagai calon suami si gadis berkenaan, sejak itu, si gadis langsung tidak melihat atau mendengar khabar tentang jejaka berkenaan..(merajuk agaknya). Si gadis ada juga bertanya melalui anak buah si gadis, disebabkan anak buahnya sgt rapat dengan si jejaka, jawapan yg diberikan si jejaka sibuk kerja, sampai tidak sempat datang.

Masa silih berganti, hampir setahun rasanya, dan si gadis sudah tidak mendengar sebarang berita, dan nak dijadikan cerita, pada suatu hari, semasa bercuti dgn keluarga di sebuah pulau, anak buah si gadis menyuarakan rasa hati si jejaka yg dah lama terpendam..

*********
" Achu , nak tau x yg abg J dah lama suka kat achu, tapi dia malu, sbb di x belajar pandai macam achu, kerja xbagus, sebab tuh dia xmau bgtau achu, lagipun masa achu bawak balik uncle M, abg J frust sgt, sbb tuh lama dah dia x dtg umah kita "

Pada masa tuh, hati si gadis rasa tersentap, macam nak luruh jantung dibuatnya, antara percaya dan tidak percaya, 50% - 50%. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaan si gadis di masa itu. Alhamdullillah, akhirnya si gadis tahu bahawa, beliau tidak bertepuk sebelah tangan. Dan pada malam itu juga disaksikan oleh smeua org, dgn kerjasama anak buah si gadis, menelefon si jejaka, dan si jejaka meluahkan rasa hati, dan meluahkan hajat utk memperisterikan si gadis dgn di saksikan oleh keluarga si gadis..Alhamdullillah..

Dan selepas itu, bermulah episod percintaan merpati dua sejoli.
Menurut kata si jejaka, dia mula jatuh hati dgn si gadis pada suatu hari di mana terdengar alunan suara si gadis membaca ayat - ayat suci Al Quran, dan sejak itu perasaan sayang sejak di bangku sekolah membuak2 sehingga sekarang..si jejaka menerima si gadis seadanya dan bukan kerana paras rupa dan luaran sahaja, si jejaka menerima gadis kerana keluhuran hatinya, insyaallah..
Alhamdullillah, seperti yg diimpikan oleh setiap gadis, medapat seorang lelaki yg mencintainya dan menerima dirinya seadanya, si gadis tidak kisah harta, pangkat dan kedudukannya, yg penting keluhuran hatinya.

******

Alhamdulillah, semuanya masih dalam perancangan
Moga semuanya diberkati oleh ALLAH swt..


p/s :  olahan cerita sebenar



***TO BE CONTINUED.....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...