THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.



Wednesday, August 1, 2012

Kalau Dah JODOH ( Part 1)

Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku nak bercerita kisah cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Kisah neh bermula bertahun lamanya yg mana masing2 memang saling mengenali, cuma tidak pernah bertegur sapa..Gadis berkenaan memang dah lama meminati si jejaka , cuma malu nak bagitau. Apa la sangat yg boleh diberitahu, sekadar perasaan suka dan sayang, mungkin juga sekadar CINTA MONYET...

Dalam masa yg sama, si jejaka juga menyukai si gadis, cuma perasaan tersebut sukar di luahkan disebabkan si jejaka adalah pemalu orangnya..masing2 hanya mampu mendiamkan diri, diam seribu bahasa, bak kata orang " berdiam diri adalah jalan terbaik utk semua masalah "... betul ke????

Hari berganti hari,masa berganti masa, masing dah membawa haluan masing2, banyak benda yg membezakan si jejaka dan si gadis , si gadis dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, manakala si jejaka juga menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran. Sebelum ini boleh dikatakan setiap hari si gadis  dan si jejaka terserempak, disebabkan untuk ke sekolah si gadis akan memalui jalan di hadapan rumah di jejaka, (bukan sengaja) sbb hanya itu sahaja jalan utama...disebabkan itu juga timbul bibit2 perasaan suka agaknya...

Setelah hampir 7 tahun berlalu dan tidak bersua, si gadis kembali semula ke kampung selepas menamatkan pengajian..dan sekali lagi mereka di pertemukan di rumah si gadis itu sendiri..
Tergamam dan terkelu si gadis bila mendapat tahu rupa-rupanya jejaka yg sangat diminatinya sejak zaman bangku sekolah itu adalah teman baik abang sendiri.
Bila di fikir balik, memang hancur luluh lah semua harapan sbb si gadis tahu abangnya seorang yg sangat tegas, dan si abang memang tidak suka adiknya itu rapat dgn kenalannya.
Bila ada saja kenalannya yg datang ke rumah, dgn cepat si abang akan menyuruh adiknya masuk ke dalam, entah kenapa dan dimana silapnya, mungkin tidak mahu si gadis ikut campur perbualan mereka 
(think positive)

Alhamdulillah, sebulan selepas itu si gadis mendapat kerja part time di sebuah kedai cermin mata di pekan, bermulalah era baru hidup si gadis , selepas kerja di sana selama beberapa bulan, si gadis di tawarkan pula bekerja di sebuah syarikat construction, selama setahun mencari pengalaman akhirnya sekali lagi si gadis mendapat tawaran pekerjaan yg lebih baik, yg mana si gadis terpaksa meninggalkan negeri kelahiranya dan berhijrah kesana untuk mencari sesuap nasi. Dengan berat hati melangkah meninggalkan keluarga, si gadis gagahkan jua niat hati yg murni.

Selepas pemergian si gadis, si jejaka sudah jarang datang ke rumah si gadis, entah kenapa ? mungkin rasa kosong di hati..( perasan plak ).. Baru 3 bulan pemergian si gadis, kemudian si gadis kembali ke kampung membawa seorang jejaka yg tidak dikenali, namun kehadiran jejaka tersebut telah di anggap sebagai calon suami si gadis berkenaan, sejak itu, si gadis langsung tidak melihat atau mendengar khabar tentang jejaka berkenaan..(merajuk agaknya). Si gadis ada juga bertanya melalui anak buah si gadis, disebabkan anak buahnya sgt rapat dengan si jejaka, jawapan yg diberikan si jejaka sibuk kerja, sampai tidak sempat datang.

Masa silih berganti, hampir setahun rasanya, dan si gadis sudah tidak mendengar sebarang berita, dan nak dijadikan cerita, pada suatu hari, semasa bercuti dgn keluarga di sebuah pulau, anak buah si gadis menyuarakan rasa hati si jejaka yg dah lama terpendam..

*********
" Achu , nak tau x yg abg J dah lama suka kat achu, tapi dia malu, sbb di x belajar pandai macam achu, kerja xbagus, sebab tuh dia xmau bgtau achu, lagipun masa achu bawak balik uncle M, abg J frust sgt, sbb tuh lama dah dia x dtg umah kita "

Pada masa tuh, hati si gadis rasa tersentap, macam nak luruh jantung dibuatnya, antara percaya dan tidak percaya, 50% - 50%. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaan si gadis di masa itu. Alhamdullillah, akhirnya si gadis tahu bahawa, beliau tidak bertepuk sebelah tangan. Dan pada malam itu juga disaksikan oleh smeua org, dgn kerjasama anak buah si gadis, menelefon si jejaka, dan si jejaka meluahkan rasa hati, dan meluahkan hajat utk memperisterikan si gadis dgn di saksikan oleh keluarga si gadis..Alhamdullillah..

Dan selepas itu, bermulah episod percintaan merpati dua sejoli.
Menurut kata si jejaka, dia mula jatuh hati dgn si gadis pada suatu hari di mana terdengar alunan suara si gadis membaca ayat - ayat suci Al Quran, dan sejak itu perasaan sayang sejak di bangku sekolah membuak2 sehingga sekarang..si jejaka menerima si gadis seadanya dan bukan kerana paras rupa dan luaran sahaja, si jejaka menerima gadis kerana keluhuran hatinya, insyaallah..
Alhamdullillah, seperti yg diimpikan oleh setiap gadis, medapat seorang lelaki yg mencintainya dan menerima dirinya seadanya, si gadis tidak kisah harta, pangkat dan kedudukannya, yg penting keluhuran hatinya.

******

Alhamdulillah, semuanya masih dalam perancangan
Moga semuanya diberkati oleh ALLAH swt..


p/s :  olahan cerita sebenar



***TO BE CONTINUED.....








1 comments:

Fahimah Mahayuddin said...

Aku rasa macam cerita ni macam kisah hang lah Ros. So sweet! Apapun, aku doakan yang terbaik untuk hang dan pasangan. Semoga jalan korang ke hubungan yang Halal akan lebih mudah dan di rahmati Allah..Insya-Allah. Aku setuju sangat kata-kata hang, palaing penting hati budi dan rasa tanggungjawab yang ada pada seorang lelaki tu yang buat hati kita terpikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...