Mode : Tolong anak buah siapkan kerja sekolah
Dalam sibuk2 mengajar, terlihat sebuah buku cerita menceritakan kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yg sangat kehausan.
Alangkah mulianya hati perempuan berkenaan.
***********************
Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).
**************
Dalam hati neh terdetik setiap manusia ada melakukan kesilapan
Tak semua orang PERFECT
Yang paling penting,cara penilaian kita sendiri terhadap orang berkenaan dan
bagaimana cara utk kita memberi peluang kpd insan2 berkenaan untuk berubah
Sepatutnya kita patut memberi dorongan bukannya cacian dan hinaan.
Sekiranya kita rasa orang itu ada membuat kesalahan
Tidak salah sekiranya kita memberi teguran yg membina
Bukan memberi tohmahan
Jangan sesekali menuding jari ke arah orang
Manusia boleh berubah dgn kehendakNYA
InsyaALLAH...
p/s : Apa yg aku faham di sini, kebaikan dan keburukan seseorang itu di tentukan oleh ALLAH SWT. Kita sebagai manusia manusia tidak layak untuk menghukum sesama sendiri.
0 comments:
Post a Comment