THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.



Saturday, September 22, 2012

STOP smoking !!!

Assalamualaikum 
Salam sejahtera

Dah lama rasanya tidak menulis di sini
Now im back..

Dah lain rasanya bila bergelar tunangan orang
Laptop malas nak bukak, malas nak beronline, malas nak ber chatting hehe
Haishhh ape nak jadi neh, bytheway pape pon hati senantiasa teringat kat blog neh

So, topic for this entry..HOW TO STOP SOMEBODY FROM SMOKING
specially for heavy smokers....


my situation :
sangatttttttt stresssss
dgn tunang sy, yg sgt2 kuat merokok
bytheway sy takde la kongkong die supaya tak merokok,
sy tak nak la die anggap sy queen control..TAPI for health semua org tahu merokok membahayakan kesihatan..OMG dah tak tahu nak ceramah ape dekat beliau

Pagi petang siang malam...mesti merokok..
Actually sy memang tidak suka kpd perokok ( before this)
at LAST..my future husband seorang perokok tegar 
HAHAHAHA padan muka AKU !!!!!

Pernah sy sembunyikan rokok beliau..
Then die beli baru
OMG ~ SGT tak tahu nak buat ape

PLEASE somebody give me some tips ??????

 NEED some advices......



Saturday, September 1, 2012

My E Day

Assalamualaikum wbt..
Dah lama xon lappy, baru skrg dapat ber"ONLINE"
So rasanya tidak terlambat utk sy post di sini
Majlis pertunangan sy yg berlangsung pada hari raya kedua

ALHAMDULILLAH
semuanya berjalan dgn lancar dgn izin dariNYA
Hopefully hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin
dan juga kekal hingga ke akhir hayat hendakNYA
Amin.....

p/s : btw THANXS alots utk mereka2 yg memeriahkan majlis
kwn2 yg sudi dtg
sedara mara yg sudi memeriahkan suasana
special photographer merangkap my cousin abg man
make up dan pelamin from Noura Boutique

THANXS alots.....guys













*******

Hopefully semua yg di rancang berjalan dgn lancarnya
dan juga dgn izin dariNYA
Amin (^_^)




THE END



Wednesday, August 22, 2012

Kalau Dah JODOH ( Part 2)

Assalamualaikum..wbt

Rentetan dari ceritera kisah KALAU DAH JODOH..so sy nak sambung episode seterusnya

ALHAMDULILLAH..
berkat doa dan kesabaran
akhirnya si gadis dan si jejaka di satukan
selesai sudah step pertama
semoga ianya diberkati oleh ALLAH SWT
dan ikatan yg terbina ini akan kekal hingga ke akhir hayat...

Tarikhnya belum di tentukan lagi..
tetapi insyaalah
semoga semuanya berjalan dgn lancar..

KU bersyukur PADANYA...






Wednesday, August 1, 2012

Kalau Dah JODOH ( Part 1)

Assalamualaikum wbt...

Hari ini aku nak bercerita kisah cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Kisah neh bermula bertahun lamanya yg mana masing2 memang saling mengenali, cuma tidak pernah bertegur sapa..Gadis berkenaan memang dah lama meminati si jejaka , cuma malu nak bagitau. Apa la sangat yg boleh diberitahu, sekadar perasaan suka dan sayang, mungkin juga sekadar CINTA MONYET...

Dalam masa yg sama, si jejaka juga menyukai si gadis, cuma perasaan tersebut sukar di luahkan disebabkan si jejaka adalah pemalu orangnya..masing2 hanya mampu mendiamkan diri, diam seribu bahasa, bak kata orang " berdiam diri adalah jalan terbaik utk semua masalah "... betul ke????

Hari berganti hari,masa berganti masa, masing dah membawa haluan masing2, banyak benda yg membezakan si jejaka dan si gadis , si gadis dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, manakala si jejaka juga menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran. Sebelum ini boleh dikatakan setiap hari si gadis  dan si jejaka terserempak, disebabkan untuk ke sekolah si gadis akan memalui jalan di hadapan rumah di jejaka, (bukan sengaja) sbb hanya itu sahaja jalan utama...disebabkan itu juga timbul bibit2 perasaan suka agaknya...

Setelah hampir 7 tahun berlalu dan tidak bersua, si gadis kembali semula ke kampung selepas menamatkan pengajian..dan sekali lagi mereka di pertemukan di rumah si gadis itu sendiri..
Tergamam dan terkelu si gadis bila mendapat tahu rupa-rupanya jejaka yg sangat diminatinya sejak zaman bangku sekolah itu adalah teman baik abang sendiri.
Bila di fikir balik, memang hancur luluh lah semua harapan sbb si gadis tahu abangnya seorang yg sangat tegas, dan si abang memang tidak suka adiknya itu rapat dgn kenalannya.
Bila ada saja kenalannya yg datang ke rumah, dgn cepat si abang akan menyuruh adiknya masuk ke dalam, entah kenapa dan dimana silapnya, mungkin tidak mahu si gadis ikut campur perbualan mereka 
(think positive)

Alhamdulillah, sebulan selepas itu si gadis mendapat kerja part time di sebuah kedai cermin mata di pekan, bermulalah era baru hidup si gadis , selepas kerja di sana selama beberapa bulan, si gadis di tawarkan pula bekerja di sebuah syarikat construction, selama setahun mencari pengalaman akhirnya sekali lagi si gadis mendapat tawaran pekerjaan yg lebih baik, yg mana si gadis terpaksa meninggalkan negeri kelahiranya dan berhijrah kesana untuk mencari sesuap nasi. Dengan berat hati melangkah meninggalkan keluarga, si gadis gagahkan jua niat hati yg murni.

Selepas pemergian si gadis, si jejaka sudah jarang datang ke rumah si gadis, entah kenapa ? mungkin rasa kosong di hati..( perasan plak ).. Baru 3 bulan pemergian si gadis, kemudian si gadis kembali ke kampung membawa seorang jejaka yg tidak dikenali, namun kehadiran jejaka tersebut telah di anggap sebagai calon suami si gadis berkenaan, sejak itu, si gadis langsung tidak melihat atau mendengar khabar tentang jejaka berkenaan..(merajuk agaknya). Si gadis ada juga bertanya melalui anak buah si gadis, disebabkan anak buahnya sgt rapat dengan si jejaka, jawapan yg diberikan si jejaka sibuk kerja, sampai tidak sempat datang.

Masa silih berganti, hampir setahun rasanya, dan si gadis sudah tidak mendengar sebarang berita, dan nak dijadikan cerita, pada suatu hari, semasa bercuti dgn keluarga di sebuah pulau, anak buah si gadis menyuarakan rasa hati si jejaka yg dah lama terpendam..

*********
" Achu , nak tau x yg abg J dah lama suka kat achu, tapi dia malu, sbb di x belajar pandai macam achu, kerja xbagus, sebab tuh dia xmau bgtau achu, lagipun masa achu bawak balik uncle M, abg J frust sgt, sbb tuh lama dah dia x dtg umah kita "

Pada masa tuh, hati si gadis rasa tersentap, macam nak luruh jantung dibuatnya, antara percaya dan tidak percaya, 50% - 50%. Hanya Tuhan sahaja yg tahu perasaan si gadis di masa itu. Alhamdullillah, akhirnya si gadis tahu bahawa, beliau tidak bertepuk sebelah tangan. Dan pada malam itu juga disaksikan oleh smeua org, dgn kerjasama anak buah si gadis, menelefon si jejaka, dan si jejaka meluahkan rasa hati, dan meluahkan hajat utk memperisterikan si gadis dgn di saksikan oleh keluarga si gadis..Alhamdullillah..

Dan selepas itu, bermulah episod percintaan merpati dua sejoli.
Menurut kata si jejaka, dia mula jatuh hati dgn si gadis pada suatu hari di mana terdengar alunan suara si gadis membaca ayat - ayat suci Al Quran, dan sejak itu perasaan sayang sejak di bangku sekolah membuak2 sehingga sekarang..si jejaka menerima si gadis seadanya dan bukan kerana paras rupa dan luaran sahaja, si jejaka menerima gadis kerana keluhuran hatinya, insyaallah..
Alhamdullillah, seperti yg diimpikan oleh setiap gadis, medapat seorang lelaki yg mencintainya dan menerima dirinya seadanya, si gadis tidak kisah harta, pangkat dan kedudukannya, yg penting keluhuran hatinya.

******

Alhamdulillah, semuanya masih dalam perancangan
Moga semuanya diberkati oleh ALLAH swt..


p/s :  olahan cerita sebenar



***TO BE CONTINUED.....








Kisah Pelacur Dan Anjing

Mode : Tolong anak buah siapkan kerja sekolah

Dalam sibuk2 mengajar, terlihat sebuah buku cerita menceritakan kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yg sangat kehausan.
Alangkah mulianya hati perempuan berkenaan.


***********************

 Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu).
 **************


Dalam hati neh terdetik setiap manusia ada melakukan kesilapan
Tak semua orang PERFECT
Yang paling penting,cara penilaian kita sendiri terhadap orang berkenaan dan 
bagaimana cara utk kita memberi peluang kpd insan2 berkenaan untuk berubah
Sepatutnya kita patut memberi dorongan bukannya cacian dan hinaan.

Sekiranya kita rasa orang itu ada membuat kesalahan
Tidak salah sekiranya kita memberi teguran yg membina
Bukan memberi tohmahan 
Jangan sesekali menuding jari ke arah orang
Manusia boleh berubah dgn kehendakNYA
InsyaALLAH...



p/s : Apa yg aku faham di sini, kebaikan dan keburukan seseorang itu di tentukan oleh ALLAH SWT. Kita sebagai manusia manusia tidak layak untuk menghukum sesama sendiri.







Saturday, July 28, 2012

Berendam Di Ulu Legong HotSprings

***sory lambat update sket..

Just nak share dgn u all guys pictures last two weeks
G bermandi manda a.k.a berendam with family and my chenta hati
konvoi 2 buah kereta ke Baling Kedah

Kiteorg gerak dalam pukul 10.00 p.m dan sampai lebih kurang arounds 2.00 a.m
sangat PENAT..even sy duk kat sebelah jew..x drive pon haha

sampai je kat sane..org punye la BANYAK
dah macam pesta air pulak.
nak mandi pon rase semacam jek
but ku teruskan jua..datang jauh2 kan
tiket utk dewasa RM4.00 dan utk kanak2 RM 2.00 ~ quite OK la
dah lama xdatang sini, last time time study dgn kawan2 dulu


mula2 tuh memang le rase panas..dah lama sket OK la
boleh tahan la..

************

my mom & ayong 
baru sampai neh..tgh tunggu beli tiket..

my sister
sampai teleng kepala nak bergambo :D

its me ...
mula3 nak berjinak dgn air..
haha giler kot pukul 2 a.m nak berendam
keje giler namanya..

my sayunkk yg kuwus kering neh
haishhh nak kene bg makan byk neh hehe

ehem2.. :D

 me & my LOVE

my happy FAMILY :D
kesian abah xdapat ikut
sbb temankan nenek kat umah


*****
Mandi punya mandi..
sedar dah pukul 6 a.m 
tapi org still ramai lagi...

Then kitaorg bertolak balik dalam pukul 7.a.m
Tengok en sayang dah macam zombie
then sy offerkan diri utk drive balik
so sampai umah around 9 a.m
sangat letih..balik cover tidur sampai ke petang hehe


** the end **




Salam Ramadhan

p/s : *** RINDU giler rasanya ...dah lama xupdate

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan AL Mubarak

Sedar xsedar hari ini kita dah masuk 8 Ramadhan
cepatnya masa berlalu..

Dikesempatan ini sy nak ucapkan Selamat Berpuasa to all readers yg beragama Islam
Mohon maaf di pinta utk semua yg pernah 
terkasar bahasa..
tersalah kata..
tersilap bicara..

Semoga kita semua mendapat hidayah dari NYA di bulan yg mulia ini
AMIN..











Saturday, July 14, 2012

Treasure Hunt

Last week sempat beriadah with budak2 office
kami dgn enjoy nya menyertai program Treasure Hunt
Setia Eco Hunt 2012 yg di anjurkan oleh pihak
Setia Pearl Island Country Club

Treasure hunt la sangat...
mmg lawak gila bila di fikirkan balik.
Ingatkan adventureous gila, panjat bukit ke, lompat2 ke, masuk sungai ke, 
sampai2 dapat soalan je,
mmg IQ sangat lah..
berkarat otak teman memikirkannya

Eventhough xdapat hadiah RM3000 tp sangat2 enjoy
have fun dgn teman2
dapat goodies tshirt, mug pon jadi lahh :D

*****

so nak share pic with u all guys !

briefing session 
dgr dgn penuh teliti :D
tp still xboleh jawab, agaknye berapa la yg kiteorg dpt jawab haha

our group
dgr team leader duk bg arahan :D

sempat ber posing

nice view
serious cantik tempat ni

part paling memenatkan.
sangat penat nak naik kat atas tuh

neh team paling havoc 
:D

pose again



*****

p/s : walaupon kami xdapat RM3000
TAPI kami semua still happy
yg xsyoknya muka BURN hahahaha padan muka


~ sekian ~

Saturday, July 7, 2012

Wahai kamu yg bernama ANAK !

SHARING is CARING !
terjumpa kata2 nih..so wanna share with u all readers ~


**************


αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα,
 mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu..

Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα dαn kemurkααn Allαh,
 terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα..

dan αpαbilα IBU kitα menghembuskαn nαfαs terαkhir.. 
mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,
iαitu doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα..

Wahai Anak..
Jika kamu tidak mampu menolong ibubapa kamu maka jangan kamu menyusahkan mereka.

Jika kamu tidak mampu menggembirakan mereka maka jangan kamu membuat mereka sedih.

Jika kamu tidak mampu membuat mereka tersenyum maka jangan kamu membuat mereka menangis

Jika kamu tidak mampu membanggakan mereka maka jangan kamu kecewakan mereka...


********


Monday, July 2, 2012

Kahwin

Mode : Sedih + Gelisah

Dalam 2 minggu neh topik kawen xberhenti2
Sometime stress sgt dgn LIFE aku neh
Xde ke org yg boleh faham mslh aku, situasi aku dan apa yg ada dlm fikiran aku

Rasenya kat sini je terdaya aku luahkan 
Nak story dgn kawan, rasenya dieorg pon dah terbeban dgn mslh dieorg

Ya ALLAH, 
 " aku tahu kau maha mendengar lg maha mengasihani
dgrlah rintihan hati kecilku ini.....:(  "

sometime aku rasa xfaham dgn family aku sndiri,
semuanya unplanned, macam lalang masing2, sekejap ON sekejap OFF
rasa cm aku neh boneka, yg boleh di control oleh remote ke kiri dan ke kanan
aku juga perlukan sedikit ruang utk masa depan aku, 
YES it true ~ all the things under their rules..i know bout it
but just give me a space
i need a space
utk berfikir secara waras, after aku dapatkan semua pendapat dr kalian
aku tidak menolak pendapat itu mentah2, cuma aku perlukan sedikit masa, sedikit ruang,


" Ya allah, sesungguhnya hati kecilku ini rs sgt bersalah sbb berfikiran cm ni
aku xpatut menolak takdirmu ya allah dan aku jg xpatut berperasaan begitu terhadap family aku sendiri.."


semakin confuse dgn benda yg berlaku
dgn si dia yg x habis nak kawen secepat mungkin
dgn family aku yg aku xpasti suka atau tidak..
sekejap suka sekejap tidak
macam angin monsun yg bertiup mgikut masa nya

arghhh ~ boleh gila aku cmni...


T.O.L.O.N.G.G.G.G.G.G.G.G.G.G. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 1, 2012

Kisah Kasihku

Assalamualaikum...wbt

OMG ~ dah lama sy xmenulis d sini
Tangan sagt gatal nak menulis spt dulu namun apakan daya
Sangat sibuk dgn life yg baru skrg

*********

ALHAMDULILLAH
Allah anugerahkan satu kebahagian yg xdapat d ucapkan dgn kata2
sgt bersyukur dgn takdirku :D


How to explain ya? 
kadang2 fikir sgt lucu mengingatkan kisah kami
Xsangka rupanya sy ada secret admire since secondary school...
patut la beliau selalu ke rumah rupa2 nya ada udang d sebalik mee kari hahah 

beliau juga adalah sahabat baik kpd abg sy..so kiranya senior time sekolah
nak d jadikan cerita sy sgt malu laaaa....
bila d fikirkan balik. sometime rase bersyukur sbb ade org sayang kita 
and the most important things he can accept me seadanya
ye lah, dia dah kenal aku cm ne,sgt PANAS BARAN orgnye...
suka marah2, suka berangin, hahahha just kidding

dan yg paling penting...family terima seadanya
restu keluarga sgt penting...

sy sangat HAPPY with my new life skg :D
Thank You Ya Allah
kerana menganugerahkan saat terindah ini



Saturday, June 9, 2012

Dia dan BBM


" Please BBM me..im so bored "

Terkedu sorang2 aku membaca STATUS mamat sorang ni
Orang pakai BB ko pon nak
Kadang2 rase nak gelak pon ada
At first temankan beliau membeli bb pernah juga aku suarakan

" Beb ape sbb utama ko beli BB? "

" Ntah, xda alasan..sj beli sbb aku bosan kat office..."

OK alasan sgt xmunasabah..sedangkan boleh je on9 by PC
or hp lama beliau juga boleh je nak bertenet...

Aargghh sudah la kau..ke nak mengayat awekss..hahaha ALASAN...
Eh asal aku nak melenting pulak..lantak la..BUSY BODY plak aku neh


tuttt..tuttt

bunyi nada dering..

" Aku bosan "

" Xda org nak bbm dgn aku "


******

HAHAHAHAHA

nak BBM dgn aku rupanya
cakap le awal2 
heeee OK aku tgh ( P.E.R.A.S.A.N) oopss !!!!


p/s : rase cam ntah pape jek entry neh..actually sy tgh bosan xde buat pape...!!!!! K BYE


Sunday, June 3, 2012

Become A BABY sitter :)


Ooopss rasanya cam xberapa nak sesuai TAJUK nye
Not a baby sitter sbb budak2 neh dah besar ~ haha
bukan baby lagik..dah boleh berjalan berlari dah haa

So..a whole day sy bawak anak2 buah sy berjalan2 
Seronok juga keluar dgn dieorg
Sumtime rase berada di zaman kebudak budakkan
Hilang semua TENSION 

So bawa dieorang mandi2 dekat Gua Kelam
Best sgt musim2 panas lepak dekat sana
Actually at first place, takot juga nak ke sana
sbb dieorg duk bising2 penyakit kencing tikus skrg
so semua kawasan air terjun / sungai di kuarantin

sampai kat sana byk je org
so tanpa was2 mandi jela..tapi takot tuh still ade..

my nephew & niece
front to back : aiman, owit, balqis

owit

:)


Petang nye pulak..Jalan2 kat Tasik Melati
Bawa dieorang main playground
Penat jugak melayan budak2 neh
Haish cmne nak jadi mak org neh hahaha


anak buah sy yg sulung
ayong a.k.a hanim

Achu yg sangat PENAT
melayan kerenah anak2 buah
ngeeee :)

ALHAMDULILLAH..
seminggu di kampung dimanfaatkan sebaik mungkin
OK cuti next time achu bawak jenjalan lagi ye
hehehe


sekian 



Friday, June 1, 2012

Kenduri Kahwin Lagi....


Today's entry about MY BEST FRIENDS wedding
OMG ~ satu persatu kawan sy dah melangkah ke alam rumah tangga
How about me??
Dont know yet..
Who's know ?
JODOH di tangan ALLAH yg maha ESA
Bak kata Ustaz Azhar Idrus
" Setiap manusia telah di tetapkan jodohnya sejak berumur 4 bulan dlm kandungan ibunya "

Sy hanya boleh menunggu & berdoa
semoga dikurniakan JODOH yg terbaik 
AMIN ..


********

So, berbalik kpd wedding my best friends,
Actually majlis pada rabu lepas 30/05/2012
tapi di sebabkan kesibukan sy xsempat nak update.

p/s : to Hairiza dan pasangannya Hadi
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


Hairiza & Hadi
sama cantik sama padan

:)

 left to right : unknown, me, hadi , hairiza, mcda, aya


Sekian :)





Sunday, May 27, 2012

Wedding


Assalamualaikum wbt

For this entry nak share dgn korang ttg konvoi menghadiri 
wedding my officemate hadziri dan pasangannya aziela

Location : Kulim Kedah
Disertai oleh 5 buah kereta

pose terbaek dari warga vads dan ex-staff 
product & billing department


pic kenang kenangan with pengantin 


p/s : to my friends SELAMAT PENGANTIN BARU
semoga kekal hingga ke anak cucu

Sangat happy tgok byk kwn2 dah melangkah ke alam rumah tangga
AKU ??
belum sampai masanya
InsyaALLAH jodoh di tangan Tuhan
Telah tertulis semuanya :)


wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...