THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.

Thursday, August 14, 2014

My 1st Time Baking : Biskut Kristal & Biskut Mazola


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pagi ni agak lapang, tak banyak kerja yang nak disiapkan. So, saya tersangatlah rajin untuk bercerita di sini. Untuk entry kali ni nak share dengan korang experience buat biskut raya pulak. Al maklum la agak excited sedikit sebab saya ni jarang masuk dapur (bukak pekung sendiri ) huhu. So, bila dah bertukar status ni sedar2 diri lah ye, rajin2 kan la diri masuk dapur dan mengenali periuk, kuali. HAHAHA.

Untuk Raya tahun ni saya sempat buat 2 jenis kuih raya yg paling simple & cepat la.
So disini nak share dgn korang la betapa senangnya buat biskut ni. Org yg tak pandai masak macam saya ni pon boleh buat (ayat mesti power)*****


BISKUT BEBOLA KRISTAL (katanya......)

Bahan-Bahan: 

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
Pewarna Pilihan (merah, kuning, hijau)
Minyak Sapi
Gula Icing (Hiasan)


Cara-Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula kastor ke dalam bekas. Gaulkan bersama.
2. Panaskan minyak sapi.
3. Tuangkan ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
4. Bahagikan doh kepada 3 bekas. Letakkan pewarna pilihan.
5. Bentukkan adunan menjadi bulat2 dengan mencampurkan ketiga2 warna.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 10 - 15 minit.
6. Setelah masak. Biarkan sedikit sejuk dan taburkan dgn gula icing.



Next biscuits :


BISKUT MAZOLA 

Bahan-Bahannya :

4 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan gula halus (kastor)
minyak mazola/minyak jagung (secukupnya untuk menguli)
Sedikit essen vanila.

HIASAN:

Kacang tanah
Kuning telur (disapu pada biskut sebelum dibakar)


CARA-CARA MEMBUATNYA.

1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali minyak.
2. Gaul hingga rata.
3. Tuangkan minyak perlahan-lahan ke dalam adunan sambil menguli dan bolehlah dibentuk bulat-bulat.
3. Sapu kuning telur di atas biskut dan letakkan kacang tanah sebagai hiasan.
4. Bakar pada suhu 180'c selama 10-15minit.(mengikut oven masing-masing)




OK. sekian perkongsian kita untuk hari ni. 
S E N A N G & M U D A H 


sekian.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...