THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

.

.

.

Friday, August 23, 2013

Misteri Kehilangan Anak Di Dalam Kandungan



Assalamualaikum wbt...


Di hari Jumaat yang mulia ini saya terasa ingin berkongsi dengan anda semua satu kisah yang saya anggap agak pelik tetapi BENAR dan sedikit menyeramkan.

Semoga kita semua jadikan iktibar dan pengajaran. Mungkin ada sebab kenapa dan mengapa semua ini berlaku, semuanya hanya dengan kuasa ALLAH S.W.T dan kita hambanya di duga semampu yang boleh.


Rentetan dari kemalangan yang menyebabkan suami saya mengalami patah tangan kanan. Jadi kami membuat keputusan untuk berubat secara tradisional. Kami pergi berubat di sebuah kampung daerah Kodiang. Alhamdulillah berkat kesabaran beberapa kali berkunjung ke sana, dan bertemu dgn bomoh patah berkenaan, suami saya sudah pulih seperti sedia kala. 


Last refer ke hospital, pihak hospital sangat terkejut di sebabkan tulang sudah bercantum semula. A L H A M D U L I L L A H syukur kepadanya. Semuanya dengan kuasa ALLAH swt.




*******


Apa yang saya nak ceritakan di sini adalah pengalaman  berkunjung ke sana, saya bertemu dengan sepasang suami isteri yang menetap di sana yang mana mempunyai pengalaman agak misteri.

Korang percaya x adanya " alam bunian x ? " 

Sebagai seorang yang beragama ISLAM kita wajib mempercayai adanya alam ghaib, syaitan, iblis, bunian dan sebagainya. Setinggi mana pun ilmu yang di pelajari oleh seseorang insan itu, kadang2 ianya tidak tercapai dek akal fikiran, sehinggakan boleh menyebabkan hilang kewarasan seseorang manusia itu.

Bercakap tentang alam bunian, alam ghaib dan sebagainya, sebenarnya ikhlas saya berbicara di sini, saya tahu akan kewujudan semuanya, tetapi tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya semuanya berlaku sehingga lah saya bertemu dengan pasangan suami isteri berkenaan, kelu lidah dibuatnya mendengar akan kisah mereka.
 


 ********


Mawar ( bukan nama sebenarnya ) dan suaminya Ahmad, sudah berkahwin hampir 5 tahun, dan sepanjang perkahwinan mereka Mawar mempunyai pengalaman mengandung sebanyak 3 kali tetapi mereka langsung tidak pernah melihat bayi2 berkenaan. Menurut Mawar bila tiba saat untuk melahirkan , Mawar akan rasa sakit seperti hendak bersalin dan kemudian hanya darah sahaja yang keluar, bayi ataupun uri tiada langsung. Tiada sebarang kesan yang menunjukkan ada tanda- tanda bayi keluar, hanya tinggal darah sahaja. Menurutnya lagi , selepas bersalin, setiap malam Mawar akan di datangi oleh anak-anaknya, hanya dalam mimpi.

Semasa kedatangan kami ke kampung berkenaan, Mawar sedang dalam pantang bersalin. Rasa sedih, sebak di dada bercampur baur dan agak sedikit tidak percaya, tetapi setelah ditunjukkan semua bukti - bukti yang ada agak mengejutkan. Mawar menunjukkan gambar scan, buku merah dan sebagainya. 

Seperti yang di ceritakan oleh Mawar, anak yang dilahirkan baru - baru ini adalah kembar lelaki. Mawar juga menceritakan anaknya dijaga oleh bunian seperti yang di datangi dalam mimpinya. Pada mulanya Mawar memberitahu agak tidak percaya bayi di dalam kandungannya yang dikandung selama 9 bulan boleh hilang begitu sahaja. Si suami juga tidak dapat menerima kenyataan dengan kejadian berkenaan, tetapi A L H A M D U L I L L A H dengan izin Allah, mereka berdua pasrah dengan ujian dari ALLAH s.w.t.



ANEH dan PELIK ! Tetapi setiap kejadian itu adalah mengikut kehendakNYA.
Nauzubillah.....




 p/s : semoga kita semua mengambil iktibar dari setiap apa yang terjadi, mungkin Allah swt nak uji Mawar dan suaminya dgn cara berkenaan, kita x tau lagi dgn cara yg mana, sesungguhnya setiap manusia akan di uji oleh Allah swt dgn cara yg berbeza. Semoga kita semua tabah menghadapinya.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...