SHARING is CARING
PERINGATAN untuk diri sendiri juga.
Sesungguhnya tak semua yang sempurna. 
Semoga kita semua dapat menjaganya dgn sempurna.
InsyaALLAH. 
Sharing from GilerKentang.Com 
*************
1. Bulu kening
(Gambar hiasan sahaja)
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat 
perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya 
dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil 
Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng
  (Gambar hiasan sahaja)
Dan janganlah mereka (perempuan) 
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang 
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan 
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada
 mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman
 jahiliyah.
3. Wangian
 (Gambar hiasan sahaja)
Siapa sahaja wanita yang memakai 
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium 
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata
 ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis 
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada
 (Gambar hiasan sahaja)
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan 
kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan 
dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi
(Gambar hiasan sahaja)
Rasullulah melaknat perempuan yang 
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari 
Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya 
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis 
Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher
(Gambar hiasan sahaja)
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah
 kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang 
jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut 
Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti 
orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
(Gambar hiasan sahaja)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui 
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai 
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya 
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja 
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
  (Gambar hiasan sahaja)
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan 
besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang 
tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
  (Gambar hiasan sahaja)
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin 
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan 
dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai 
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh 
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak 
dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud 
dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara)
 (Gambar hiasan sahaja)
Janganlah perempuan-perempuan itu 
terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada 
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan 
yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku
 yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala 
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, 
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis 
Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan
  (Gambar hiasan sahaja)
Dan katakanlah kepada 
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan 
mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 
31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan 
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia 
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis 
Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka 
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan 
tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu 
Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
 (Gambar hiasan sahaja)
Barangsiapa memakai pakaian yang 
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan 
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis 
Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. 
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak 
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai 
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka 
mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. 
Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli 
Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang 
condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. 
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan 
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
 (Gambar hiasan sahaja)
Wahai anakku Fatimah! Adapun 
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih 
otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup 
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan 
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa 
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling 
sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)




 
 
 









0 comments:
Post a Comment