Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia 
meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya 
sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah
 terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh 
menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang 
comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh 
walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan 
segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang 
membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah 
timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah 
pear menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula 
merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit 
pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa 
yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
Wanita, 
hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak 
melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). 
Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del 
sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda..
 
0 comments:
Post a Comment